Resepi Nasi Air Kelantan (Simple Sedap Naik Selera

Resepi Nasi Air Kelantan (Simple Sedap Naik Selera

Mencari resepi nasi air? Pada perkongsian kali ini kami akan kongsikan resepi nasi air yang mudah dicubakan.

Kenapa diberi nama nasi air? Kerana nasi ini dimakan dengan kuah sup yang banyak sehingganya ia dipanggil nasi air. Nasi menggunakan beras putih biasa, namun dimasak dengan sedikit garam atau penyedap rasa. Cara menyediakan sup juga amat senang.

Nasi air boleh dijadikan makanan untuk orang yang tengah sakit dan tiada selera makan. Ataupun kanak-kanak yang senang makan hidangan nasi berkuah. Nasi air dihidangkan dengan telur separuh masak, ikan bilis goreng dan daun bawang. Semakin menyelerakan bukan?

Jom buat nasi air. Resepi untuk 6-7 orang makan.

Cara Buat Nasi Air :

    1. Masak nasi seperti biasa. Cuma lebihkan air dalam 3-4 kali ganda.
  • Kemudian perasakan dengan sedikit garam atau aji.
  • Bahan-Bahan Untuk Buat Sup :

    • Ayam guna sebelah,
  • Bawang besar 1 biji dipotong 4,
  • Halia dititik,
  • Lada hitam ditumbuk,
  • Kulit kayu manis,
  • Pelaga,
  • Cengkih,
  • Bunga lawang,
  • Kiub pati ayam dan Maggi cukup rasa.

Cara Buat Sup :

  1. Rebus dahulu ayam dengan air sehingga ayam masak separuh.
  • Kemudian masukkan bawang, halia, lada hitam dan 4 sekawan. Kacau perlahan-lahan.
  • Tunggu sampai nampak mulai mendidih baru masukkan kiub pati dan cukup rasa.
  • Perasakan lagi dengan garam. Jika rasa sudah sesuai, tunggu dalam 5 minit dan tutup api

Bahan Tambahan :

  • Ikan bilis goreng,
  • Bawang goreng,
  • Daun sup dan daun bawang,
  • Sambal kicap,
  • Isi ayam.

Cara Nak Buat Sambal Kicap :

  1. Sediakan gula, lada, limau kasturi dan kicap manis.
  2. Tumbuk lada dan gula terlebih dahulu. Tumbuk sehingga lumat.
  3. Kemudian, masukkan kicap dan perasakan dengan limau kasturi.
  4. Perasakan sampai sambal rasa manis-manis masam.
  5. Siap. Boleh dihidangkan.
  6. Letak nasi, sup dan masukkan kesemua bahan tambahan

Resepi Ayam Percik Kelantan Ala Chef Wan (Sedap Punya)

Resepi Ayam Percik Kelantan Ala Chef Wan (Sedap Punya)

Teringin makan ayam percik Kelantan yang tersohor?

Rasa yang mewah dan juicy. Ketika chef Wan masak dalam Best Wan beliau tidak sengaja terkoyakkan paha ayam ketika ingin menghidangkan, rasa macam ingin histeria apabila kamera fokus pada isi ayam lembut berjus lekang dari tulang.

Untuk memuaskan selera, hari ini kami akan hadirkan resepi ayam percik Kelantan menggunakan teknik Chef Wan yang sangat simple.

Aye percik Kelate kuoh meroh namanya. Bahkan dalam sebuah dokumentari di Astro, sebuah kedai ayam percik tersohor di Kelantan cuma beroperasi 3-4 jam setiap hari. Mengapa? Sebab ayam perciknya habis purata 100 ekor dalam tempoh itu sahaja.

Tekstur ayam juicy dan empuk dicecah dengan kuah percik yang creamy. Tidak hairanlah mengapa ramai beratur panjang di kedai ayam percik di sekitar Kelantan. Resepi di bawah ini ialah untuk satu ekor ayam.

Resepi Ayam Percik Kelantan

Bahan perap tumbuk:

    • 4 ulas bawang merah kecil,
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia,
  • Sedikit garam.

Lumur bahan tumbuk dengan ayam, biarkan satu jam

Bahan percik :

    • ½ kotak santan pekat (200 ml – baki lagi ½ kotak masuk kemudian – jika ayam besar guna santan lebih lagi),
  • 2 batang serai (kalau serai besar 1 batang cukup),
  • 1 inci halia,
  • ½ inci lengkuas (optional),
  • 5 tangkai cili kering rebus dan buang biji,
  • 1 cawan air (cawan besar 250 ml).
    (Blend kesemua bahan di atas).
  • 1 keping asam keping saiz sederhana,
  • 4 sudu besar gula (tidak manis sangat pun tidak perlu risau banyak gula).
  • 1 sudu garam atau kiub ayam ikut citarasa sendiri.

Cara-cara:

  1. Masak bahan kuah percik dengan api sedang dan kacau perlahan.
  2. Bila sudah menggelegak, baru masukkan ayam. Simbah-simbahkan kuah pada ayam. Masak 5 minit.
    Kemudian balikkan ayam dan masak lagi 5 minit. Proses ini akan kunci jus ayam dan serap lebih rasa percik. Jangan lupa simbah-simbah dan godek-godek perlahan ayam supaya tidak melekat di kuali. Buat sampai ayam habis.
  3. Lepas 10 minit rebus dalam kuah. Angkat ayam dan bubuh di atas tray. Pastikan ayam bersalut percik. Lapik dengan daun pisang. Jika tidak ada daun pisang, boleh guna baking paper.
  4. Bakar dalam oven yang telah preheated 230°C selama 30 minit. Jika ayam besar tambah lagi masa.
  5. Baki ½ kotak santan masukkan dalam kuah percik tadi dan masak hingga berkrim.
  6. Perasakan kuah. Ingat kuah wajib rasa masam, masin, manis, pedas yang seimbang baru jadi.
  7. Siap.

Kuih lapis

  • Dah tak lama nak mula berpuasa kan,lepastu dah sambut hari lebaran, mesti dah terfikir tahun ni nak buat menu apa ya.Kami nak beri resepi kek kukus mudah yang dilapisi dengan 4 bahan berlainan kali ni .Memang sedap yang penting mudah.
  • Dah tak lama nak mula berpuasa kan,lepastu dah sambut hari lebaran, mesti dah terfikir tahun ni nak buat menu apa ya.Kami nak beri resepi kek kukus mudah yang dilapisi dengan 4 bahan berlainan kali ni .Memang sedap yang penting mudah.
  • Kek kukus mudah lebih menjadi pilihan para pembaca di web kami mungkin kerana faktor masa untuk membuatnya dan juga hasil akhir kek yang pasti memuaskan hati pembuatnya.

    Antara tips yang boleh anda amal ketika hasilkan kek kukus ni :

    1- Pastikan penutup atas pengukus ditutup dengan kain tuala untuk elakkan wap air menitik di atas permukaan kek kukus mudah yang akan buatkan permukaan kek tidak rata.

    2- Gunakan api sederhana sahaja untuk mengukus kek kerana api besar akan jadikan kek cepat naik dan seterusnya kek akan jadi berombak.Bila setiap lapisan kek kukus mudah berombak, ianya tidak cantik.

    Kek kukus lebih lembap berbanding kek bakar.Jadi untuk elakkan cepat basi dan tahan lebih lama, balut atau wrap lebihan kek di dalam peti untuk elakkan kek cepat kering ya.

    Bahan Resepi Kek Kukus Mudah 4 Lapis :

    • 10 biji telur ayam Gred A
    • 450 gram mentega
    • 1 tin kecil nestle cream
    • 1 tin susu pekat manis
    • 2 gelas tepung gandum
    • 200 gram serbuk horlick
    • 200 gram tepung aiskrim vanila
    • 1 botol kecil golden syrup atau madu
    • 1/2 gelas gula halus
    • 125 gram serbuk milo
    • 1 tin kecil serikaya
    • Sedikit pewarna hijau

    Guna gelas ya bukan cawan. Atau mug pun boleh juga.

    Resepi Ikan Masak Kicap Simple dan Pedas

    Ikan masak kicap atau juga dipanggil sebagai ikan masak dalam soya sos ialah sebuah hidangan terkenal yang lazimnya dicampur dengan sos soya. Oleh kerana ianya sedikit pekat, anda boleh menuangkan air jika mahu ianya berkuah.

    Meskipun hidangan ini tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan, anda perlu pandai untuk menggoreng ikan supaya tidak terlebih hangit atau kurang garing. Ikan juga boleh digantikan dengan ayam, udang, telur (direbus atau digoreng) atau daging lembu. Secara asasnya, sos tersebut menggunakan bahan-bahan dan kaedah memasak yang sama.  

    Ia sesuai untuk dinikmati dengan nasi panas kukus atau bubur nasi. Anda boleh menggunakan jenis ikan seperti ikan kembong, ikan tenggiri, ikan bawal atau ikan tongkol.

    Ikan Masak Kicap

    Bahan-bahan:

    • Ikan kembung (8 ekor)
    • Kicap lemak manis
    • Bawang besar (5 biji) – dipotong bulat
    • Halia (2 inci)
    • Bawang putih (1 labu)
    • Cili padi (20 biji) – dikisar
    • Serbuk kari
    • Serbuk kunyit
    • Garam
    • Daun ketumbar/daun bawang (sedikit)

    Cara-cara penyediaan:

    1. Kisarkan halia dan bawang putih.
    2. Bersihkan ikan dan perap bersama sebuk kari, serbuk kunyit. garam dan 1 sudu kecil halia dan bawang yang dikisar tadi.
    3. Goreng ikan tadi sehingga garing. Ketepikan.
    4. Menggunakan minyak menggoreng ikan tadi, tumis bawang besar dan 2 sudu kecil halia dan bawang kisar.
    5. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili padi yang telah dikisar dan sedikit garam.
    6. Masukkan air dan kicap lemak manis. Kuantiti kicap terpulang kepada masing-masing.
    7. Masukkan ikan goreng dan gaul sehingga sebati.
    8. Akhir sekali, boleh dimasukkan daun ketumbar atau daun bawang dan siap untuk dihidang.
    Design a site like this with WordPress.com
    Get started